Cart 0

Cara Cara Memasak Telur Pindang Dengan Cepat

Cara - Cara Memasak Telur Pindang Dengan Mudah dan Cepat

Kali ini saya akan kongsikan dengan anda 1 cara untuk memasak Telur Pindang dengan cara yang paling mudah dan paling cepat.

Bahagian A: Bahan-bahan asas 

  1. 10 biji telur ayam 
  2. 20 Gram Ketumbar
  3. 20 Gram Jintan Halus
  4. 20 Gram Jintan Kasar
  5. 3 Batang Serai 
  6. 2 buku lengkuas 
  7. Garam 

Bahagian B: Daun-daun yang diperlukan

  1. Daun Serai
  2. Kulit Bawang
  3. Daun Manggis
  4. Daun Jambu Batu
  5. Daun Kari
  6. Daun Salam

Perhatian!!! sekiranya tidak ada daun-daun di atas, maka cukuplah sekadar menggunakan

  1. Bawang Besar
  2. Bawang Putih
  3. Daun Serai

Cara-cara memasak

  1. Semua dedaun di Bahagian B dihiris atau dikoyak-koyakkan kepada bahagian-bahagian kecil. 
  2. Titikkan serai dan potong serai menjadi saiz yang sesuai agar muat untuk dimasukkan ke dalam periuk anda
  3. Hiriskan lengkuas (lebih nipis lebih bagus)
  4. Bilaskan semua bahan-bahan tersebut dengan air bersih 
  5. Setelah selesai langkah 4, masukkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk yang bersesuaian.
  6. Masukkan garam ke dalam campuran (kandungan garam mengiikut kesesuaian anda, jika anda inginkan rase lebih masin tambah lagi kandungan garam)
  7. Kemudian, masukkan ketumba dan jintan
  8. Masukkan telur-telur yang telah dibasuh dengan bersih kedalam periuk.
  9. Masukkan air sehingga menengelami telur-telur tersebut.
  10. Panaskan secara perlahan-lahan sehingga air mendidih. (Biarkan selama 30 minit)
  11. Selepas 30 minit merebus, keluarkan semua telur-telur tadi. (Hati-hati, jangan dibuang air rebusan kerana akan digunakan semula.)
  12. Biarkan telur tersebut sejuk seketika.
  13. Gunakan sudu atau benda keras, ketuk kulit telur agar kulit telur tersebut seakan akan retak.
  14. Setelah selesai masukkan semula telur tersebut kedalam periuk
  15. Rebus semula telur selama 1 jam. Pastikan air rebusan ditambah agar telur sentiasa berada dalam keadaan tenggelam.
  16. Selepas 1 jam, padamkan api dan biarkan telur menyejuk didalam air rebusan.
  17. Selepas itu, telur pindang ekspress anda boleh terus dimakan.

Jika anda inginkan warna telur yang coklat kegelapan tambahankan sedikit kicap ke dalam air rebusan sebelum aktiviti merebuh dijalanlan.

Nak Rasa Yang Lebih Sedap?

Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap, gunakan langkah-langkah dibawah.

  1. Keluarkan telur yang telah siap direbus daripada periuk
  2. Tapis air rebusan, ambil air rebusannya sahaja. 
  3. Sejukkan air rebusan dan masukkan kedalam bekas yang sesuai.
  4. Masukkan semula telur ke dalam bekas tersebut dan simpan didalam peti sejuk.(Pastikan air rebusan telah sejuk sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk)
  5.  Biarkan semalaman. 
  6. Keesokan harinya, keluarkan dari peti sejuk dan panaskan kembali air rebusan berserta telur sebelum dihidangkan.

Akhir kata, cara ini sesuai untuk kegunaan sendiri sahaja, pastiya rasa tidak sama dengan telur pindang asli tapi cukup untuk hilangkan rindu anda pada rasa dan aroma telur pindang.

Malas Hendak Masak?

Kami ada penyelesaian lebih mudah jika anda rindu akan rasa dan aroma telur pindang.

Hubungi kami di No Tel: +6 018 225 7060 untuk membuat tembahan. Kami akan hantar telur pindang ini kepada anda.


sekiranya anda membaca artikel ini menggunakan telefon bimbit atau peranti mudah alih, klik link di bawah untuk terus wasap kepada kami


www.pm.esnr.com.my

www.pm.esnr.com.my

www.pm.esnr.com.my

www.pm.esnr.com.my


Terima Kasih,






Older post Newer post